Ahlan wasahlan ya sodiqi...ana Nurul Izati binti MOhd Zaini..
smasid student..berharap sukakan blog ana..jihad Fisabilillah

Wednesday, 25 June 2014

usaha untuk berjaya

hidup ni, ada yang baik, ada yang buruk, ada yang berjaya dan ada yang sensara namun tidak semua yang menderita akibat sensara itu. Dan yang menderita ada yang berjaya. Begitulah lumrah alam ini. Allah telah menetapkan semua jadi makhluk di dunia ini tidak kira manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan mahupun zarah-zarah  yang tidak dilihat sekalipun. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah berusaha. Berusaha untuk menjayakan hidup kita walaupun kita tahu bahawa penentu masa depan kita adalah sang pencipta. Namun tanpa usaha, kita pasti tidak dapat merubah kehidupan kita di masa hadapan. 


Ramai orang cakap ' kita hanya mampu usaha dan allah yang menentukan'. Itu betul. Betul juga bagiku. Namun perkataan 'Usaha' itu , ramai yang 'buat tak tau'. Iyalah, apa tidaknya, mereka tahu dan aku juga tahu, namun tidak mengaplikasikan 'usaha' dalam kehidupan mereka. Tidak dinafikan ada yang berusaha. Dan ada yang berjaya dalam usaha mereka. Ada juga yang menimpa 'kecelakaan' walaupun sudah berusaha, ada juga yang 'celaka' dalam berusaha. Yang ditimpa, yang berjaya itu sudah semestinya bagus, dan aku ucapkan 'syukur' namun sebaliknya yang 'celaka' ini kita jauhkan. 

Maksud 'celaka' yang aku ingin katakan ialah golongan manusia yang berusaha dan bijak dalam melakukan usahanya, namun 'arah' usahanya itu salah. Contohnya: Penjenayah yang berusaha untuk melarikan diri dari pihak polis. Pengedar dadah yang berusaha dalam mengedar dadah kepada penagih. Dan sebagainya. (anda tentu faham). Itu adalah 'celaka' namanya.  Kebanyakan yang aku lihat orang2 yang banyak melakukan jenayah ini adalah orang2 yang berlatar belakangkan orang yang bijak pandai. Tapi kenapa aliran yang diambil itu salah. Kenapa mereka memilih jalan yang salah. Allahuakbar!!! 

Kalaulah orang sebegini berusaha ke arah jalan yang baik di samping mempunyai nilai ilmu yang tinggi, adalah bagus. Pasti mereka berjaya kelak. Namun... Aku pun tidak boleh nak cakap. Begitulah kehidupan di alam ini. 

Berbalik dengan orang yang sensara menderita. Dalam hidup ada yang menderita, ada yang sensara dan ada yang gembira. Namun bagi yang ditimpa kecelakaan, anggaplah itu sebagai ujian dari Allah kepadanya. Allah sebenarnya ingin menguji sejauh mana kesabaran golongan ini dalam menempuh kehidupan mereka. apakah hikmahnya? 

Walaupun tidak ditunjukkan dengan jelas, namun kita sendiri pernah belajar. Belajar akan apa itu Pahala-dosa. Demikian bagi orang yang banyak bersabar, banyak berdoa, nescaya mereka pasti ditempatkan di syurga. Hikmah tidak semestinya ditunjukkan dan ada juga yang kita nampak. Tetapi aku tidak cakap yang aku nampak 'hikmah' itu. Apa yang ingin aku katakan ialah melalui contoh ini:

Sebuah keluarga yang terlalu daif hidupnya, memiliki pula 9 orang anak. Si ayah-ibu selalu keluar mencari rezeki untuk menyuap anak-anak makan, sekolah dan sebagainya. Namun mereka tidak lupa akan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak dalam ilmu agama, dan matapelajaran, serta erti kehidupan. Dengan berkat kesabaran ibu-bapa itu akhirnya  anak mereka besar dan berjaya.Anak-anak masing-masing memiliki kerjaya besar, miliki kereta mewah-mewah, miliki rumah sendiri dan harta. Dan anak-anak itu yang diajar erti kehidupan, erti ilmu, erti agama masing-masing tahu akan kesusah-payahan ibu-bapa mereka. Akhirnya mereka pula yang berebut-rebut untuk menyara ibu-bapa mereka(yang masih hidup). Alangkah bahagianya seorang ibu-bapa itu apabila mereka dilayani sungguh mulia oleh anak-anak mereka. Alangkah bersyukurnya seorang ibu-bapa itu kerana dihargai penuh oleh anak-anak mereka. Dan alangkah bertuahnya anak-anak itu kerana dididiki dan diasuh oleh ibu-bapa mereka. Kesemua mereka pasti ke syurga jika terus berpegang kepada doa, sabar dan menuruti perintah Allah. Insyallah. 

Kita lihat ayat contoh di atas
s. Apa yang ingin aku katakan ialah ibu-bapa sudah berusaha mencari rezeki, dan berjaya mendidiki anak-anak mereka sehingga berjaya. Anak-anak pula berjaya dalam kerjaya, berjaya dalam menghargai ibu-bapa mereka. Apakah bahagianya keluarga itu. Semoga sama2 berdoalah agar kita dijadikan dalam keluarga sedemikina.  Insyallah....:)

Setakat ini saja yer kawan2... Banyak lagi nk cerita ni, tapi....maklumlah, saya ni budak kecik dalam dunia pengetahuan, dan apa yang aku rasa betul, itu yang aku tulis. Agar kita faham dan selami apa yang ingin aku cakapkan....Semoga terhibur dengan kata2 ku diatas yer....

Ilmu nur dunia dan akhirat

:::..Ilmu itu cahaya daripada Allah..:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم  


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
 
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
 

 
Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mintalah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke syurgaNya dengan iman. Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. Selawat dan salam atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.


Ilmu itu cahaya daripada Allah,
memancar keluar melahirkan amal,
memancar ke dalam menzahirkan iman....
______________________________________





ILMU, adalah suatu yang AMAT BERHARGA............

UMPAMA seBUTIR EMAS atau PERMATA..............

Ia sukar dicari dan didapati......................

Melainkan, mereka yang benar-benar BERSABAR dan IKHLAS.




ILMU, datang tanpa mengira siapa kau.................

Baiklah kau seorang ULAMA RABBANI................

Atau kau seorang PENIAGA.................

Atau PETANI......................

Atau PENCACAI NAJIS...............

Waima kau seorang PENGEMIS JALANAN SEKALIPUN............


Bahkan kiranya kau PENYANGAK dan PENYAMUN SEKALIPUN!!!


ILMU.............


Dengan ILMU lah manusia BER'MARIFAT akan TUHANNYA............

Dengan ILMU jua, manusia BERTAMADUN..............


Dan dengan ILMU, manusia dapat MENILAI SEGALA SUATU.


TETAPI..............

ILMU, jugalah yang menjadikan MANUSIA BONGKAK............

ILMU jugalah yang menjadikan MANUSIA MENYUSUN STRATEGI TERKUTUK...........

MEROMPAK, MENYAMUN, MELAKUKAN ANEKA KEJAHATAN............

Tanpa rasa BERDOSA, dan tanpa rasa SALAH.


Dengarlah TAULAN.............

Jagalah ILMU yang kedapatan pada DIRI-DIRI kalian...............

kerna SESUNGGUHNYA, tanpa ILMU kita nyata JAHIL dan BINASA............

akan tetapi, JANGAN SEKALI MENYALAH GUNAKAN ILMU............

kerna PADAH MENANTI, jauh lebih berat....................

lawatan anjuran unit beruniform(endau Rompin)

Pada 24,25 dan 26 haribulan 4,sekolah saya membuat lawatan ke endau rompin,macam aktivti lasak yang ada,best,untuk menguji tahap keberanian setiap pelajar,perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 4 jam.dua buah bas telah dipenuhi 80 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring.
bertolak ada pukul 5 petang sampai pukul 1 pagi,biasalah banyak sangat berhenti,sampainya disana saya dan rakan yang lain disediakan makan,lepas berjalan menuju ke tempat penginapan,saya dan rakan yang lain terpaksa tidur di surau yang berdekatan sebab hari larut malam,gelap nak cari bilik,tapi  tempat itu sudah cukup memuaskan hati saya.
pada keesokan hari,selepas siap solat dan mandi,bermula nya aktiviti meredah hutan,wow yang ni yang paling sebab ada pacat,memang banyak,geli,macam-macam karenah bila orang yang kena pacat,ad yang jerit satu hutan.memang lawak.
banyak bedan yang saya jupa disan pokok bakau.pokok balak,meranti dan lain lagi,pihak perhutanan iaitu pak pol,menceritakan serba sedikit tentang hutan endau ni,hutan di sini hutan yang tertua,namun masih ada pengujung yang ingin pergi ke sini.

 beberapa jam yang lalu sampai saya dan kawan-kawan yang di air terjun yang sangat indah dan nyaman..
kat sini saya kena beranikan diri untuk belajar berenang,agak menyeronokkan,dalam masa yang sama saya bergambar.aktiviti ke 2 menuruni air terjun ,sebenarnya semua wajib tetapi hanya beberapa orang shaja yang berani,kawan saya memang berani,badanya kecil dan cute.memang banyak cubaan semasa menuruni air terjun ada yang tergelincir sampai berdarah kaki.tetapi semangat mereka semua ada.tidak sia-sia join lawatan ini.

pada esok pagi aktiviti menaiki rakit,yang ini memerlukan kerjasama antara rakan rakan.satu rakit hanya 2 orang sahaja dibenarkan.mula memang naik jatuh tapi kita kena panadai mengimbangi badan supaya kedudukan rakit stabil..alhadulillah saya berjaya menaiki rakit bersama sahabat saya.ada jugak yang tidak boleh menaiki, rakit tetapi tidak mengapa cukuplah dapat mersa duduk pun jadilah.
selepas itu meredah sungai arus yang laju menggunakan tali.yang memang betul betul kena pegang kuat kuat,tangan boleh bengkak.mula memang takut tetapi tidak mengapa kita buat kerana Allah.mula masuk dalam air,hanya tuhan yang tahu tetapi teruskan berjalan melintas arus sungai..semua pelajar berjaya..
aktiviti ini berjaya dilaksanakn dengan jayanya pada hari tersebut.

musmat 2014




Alhamdulillah smasid johan semasa majlis iftifal ilmi sanawi..mendapat pujian yang terbaik..
musmat berlangsung di ittifakiah.selama 3 hari 2 malam




peserta nasyid menegah atas perempuan naib johan semasa bertanding di sma Alfalah..alhamdulillah syukur padamu Ya Allah..rezeki berpihak pada kami..walaupun saya rasa kami biasa sahaja.tpai dengan berkat usaha dapat menang.latihan nasyid mengambil masa lebih kurang seminggu.walau masa yang suntuk peserta yang terlibat bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama sekolah.
jutaan terima kasih kepada cikgu bar,cikgu zatul dan abang ikhwan..kerana membantu kami sepanjang latihan tersebut

KEM komputer

Kem Komputer Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu telah diadakan bermula 24 Jun sehingga 26 Jun 2014 bertempat di Makmal Komputer SMA Maarif. Kem yang julung kali diadakan ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JaHEAT) Bahagian Pendidikan. Kem ini terbuka kepada semua Sekolah Menengah Agama (SABK) Negeri Terengganu dan disertai seramai 60 orang pelajar daripada 10 buah sekolah agama Negeri Terengganu




Pusat sumber sekolah

SUDUT PSS

Sudut-sudut Cadangan untuk PSS:

1. SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH

- Mewujudkan mengeratkan hubungan antara guru dengan guru dan murid dan guru.
- Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga sekolah dengan jelas.
- Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah.
- Memenuhi konsep " Sekolahku Rumahku ".
- Menarik minat murid ke perpustakaan.


2. SUDUT MURID CEMERLANG KOKURIKULUM

- Merangsang murid untuk memajukan segala potensi dan bakat pada diri mereka.
- Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
- Menjadi perangsang kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan murid yang berjaya.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




3. LAMAN GEMILANG (MURID BERJAYA UPSR)

- Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
- Memberi perangsang kepada murid lain untuk berjaya dalam UPSR.
- Menjadikan murid berjaya sebagai idola dan sumber inspirasi murid lain.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




4. ALBUM PUSAT SUMBER

- Merekod segala aktiviri Pusat Sumber Sekolah dalam bentuk gambar.
- Mencatat segala kenangan yang melibatkan Pusat Sumber.
- Menampilkan gambar-gambar sudut yang terdapat di dalam Pusat Sumber.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




5. SUDUT PAMERAN BUKU SKRAP

- Menghargai segala penglibatan murid dalam pertandingan.
- Menghargai kesungguhan murid dalam melaksanakan segala pertandingan.
- Menampilkan buku skrap contoh kepada khalayak sekolah,.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




6. SUDUT PAMERAN BUKU BARU

- Menarik minat murid untuk membaca.
- Memaklumkan kehadiran buku baru di dalam perpustakaan.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




7. SUDUT KUIZ BESTARI

- Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan.
- Meletak segala maklumat tentang pertandingan.
- Memudahkan murid mencari soalan dan jawapan pertandingan.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




8. SUDUT SEJARAH SEKOLAH

- Menanam semangat sayangkan sekolah pada diri guru dan murid.
- Memaklumkan sejarah sekolah kepada semua guru dan murid.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




9. LAMAN CAKNA PANTUN

- Menambah pengetahuan murid tentang pantun.
- Mengekalkan budaya melayu.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




10. SUDUT DETIK-DETIK BERSEJARAH

- Merakam detik-detik bersejarah yang berlaku di sekolah.
- Menghargai kejayaan sekolah.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




11. LAMAN KOLEKSI MAYA

- Laman ini mengandungi 3 segmen iaitu :
  • Sudut Mata Wang Sedunia
  • Sudut Koleksi Setem Sedunia.
  • Sudut Koleksi Kad Telefon dan Kad Pintar Sedunia.
  • - Memperkenalkan budaya dunia kepada murid.
  • - Memperkenalkan maklumat tentang dunia kepada murid.
  • - Menanam minat murid terhadap sesuatu hobi yang berfaedah.
  • - Menarik minat murid ke perpustakaan.




12. SUDUT PAMERAN BERMUSIM



- Menghargai bakat yang ada pada murid.


- Menampilkan karya murid kepada khalayak sekolah.


- Menampilkan rasa keyakinan diri pada murid.


- Menarik minat murid ke perpustakaan.





13. SUDUT HASIL KERJA MURID




- Menghargai segala hasil kerja murid.


- Menyimpan bahan bercerita dan pupet untuk kemudahan murid.


- Menarik minat murid ke perpustakaan.





14. SUDUT PERMAINAN




- Memperkenalkan permainan yang menguji kepintaran murid.


- Mengekalkan permainan tradisional


- Menarik minat murid ke perpustakaan.





15. SUDUT POHON ILMU




- Mengantung bahan-bahan pembelajaran sebagai rujukan murid.


- Mengantung bahan-bahan hasil seni murid.


- Menghargai hasil kerja murid yang berkualiti.


- Menarik minat murid ke perpustakaan.





16. SUDUT BERCERITA




- Sebagai tempat murid bercerita dan menampikan keyakinan diri yang teguh.


- Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.


- Menarik minat murid ke perpustakaan.








17. SUDUT MAYA PUPET




- Sebagai tempat murid membuat persembahan pupet dan menampikan keyakinan diri yang teguh.


- Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.


- Menarik minat murid ke perpustakaan.








18. SUDUT WARISAN BUDAYA




- Untuk mengekalkan warisan budaya yang hampir hilang.


- Sebagai tempat murid belajar tentang kebudayaan bangsa Malaysia.


- Menarik minat murid ke perpustakaan.





19. SUDUT CINTAI KEINDAHAN DAN KEBUDAYAAN NEGARA




- Memperkenalkan kepada murid negeri dan tempat menarik yang terdapat di dalam negara.


- Menanam sikap menyintai negara sendiri.


- Memperkenalkan destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita.


- Menarik minat murid ke perpustakaan.





20. LAMAN BUSANA




- Memperkenalkan kepada murid tentang jenis-jenis pakaian yang terdapat di negara kita.


- Menanam sikap sayangi sesama kaum pada diri murid.


- Menarik minat murid ke perpustakaan.





21. SUDUT PAMERAN BARANG ANTIK

- Mengekalkan barang antik yang hampir hilang di dalam pengunaan masyarakat pada zaman sekarang.

- Menambah ilmu pada diri murid tentang barang-barang antik yang pernah wujud.

- Memberi peluang kepada murid untuk membezakan teknologi lama dan teknologi sekarang.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




22. SUDUT SELF ACCESS LEARNING

- Memberi peluang kepada murid untuk belajar sendiri.

- Memberi peluang kepada murid untuk mencari ketenangan.

- Menarik minat murid untuk ke perpustakaan.




23. SUDUT SEJENAK MEMBACA

- Memberi peluang kepada murid untuk membaca di mana-mana sudut di dalam perpustakaan.

- Memperkenalkan konsep "Ilmu Ada Di Mana-Mana".

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




24. SUDUT AKHBAR

- Untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengetahui berita-berita semasa.

- Mewujudkan budaya membaca yang kuat pada diri guru dan murid.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




25. SUDUT RUJUKAN

- Sudut Guru

> Memudahkan guru mencari bahan rujukan. Menarik minat guru ke perpustakaan.


- Sudut Murid

> Memudahkan murid mencari bahan rujukan. Menarik minat murid ke perpustakaan.




26. SUDUT KAKTUS

- Mewujudkan pembelajaran melalui konsep"BENDA HIDUP".

- Memperkenalkan budaya ilmu bukan sahaja ada di dalam buku.

- Menanam sikap gemar pada hobi yang berfaedah.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




27. SUDUT MAJALAH

- Untuk mewujudkan budaya membaca pada diri murid.

- Mempelbagaikan bahan bacaan di dalam perpustakaan.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




28. SUDUT HIDUPAN AIR

- Memperkenalkan benda hidup kepada murid.

- Memberi ketenangan kepada pengunjung perpustakaan.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




29. SUDUT KOLEKSI RANTAI KUNCI

- Menambahkan ilmu kepada murid melalui benda selain buku.

- Menggalakan murid mempunyai hobi yang berfaedah.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




30. SUDUT PROGRAM NILAM

- Memudahkan segala urusan yang melibatkan Program NILAM.

- Melicinkan guru membuat analisis .

- Memudahkan murid menyelesaikan segala masalah berkaitan Program Nilam.




31. SUDUT ANGKASA LEPAS

- Mewujudkan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat murid.

- Mewujudkan lokasi pembelajaran secara pelan dan susun atur yang betul.

- Menambat perhatian dan pemerhatian murid secara menyeluruh. Menarik minat murid ke perpustakaan.




32. SUDUT JALAN RAYA

- Mewujudkan suasana di jalan raya secara harmoni

- Mendisplin murid tentang undang-undang di jalan raya.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




33. SUDUT TOKOH PEMIKIR ISLAM

- Memberi kesedaran kepada murid tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh pemikir Islam.

- Menjadikan orang yang warak dan bestari sebagai idola mereka.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




34. SUDUT INFO AKURIUM

- Memberi peluang murid untuk mencari minat atau hobi yang berfaedah.

- Menambah pengetahuan murid tentang hal yang berkaitan dengan akurium

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




35. SUDUT NOSTALGIA GURU

- Memberi peluang kepada guru untuk mengabadikan kenangan silam mereka.

- Memberi peluang kepada murid untuk melihat wajah guru mereka.

- Menjadikan kejayaan guru sebagai idola dan inspirasi kepada murid.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.

Kem Al-fateh



alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi..kem ni berjalan dengan lancar dengan jayanya selama 3 hari dua malam..kem ini untuk memberi keinsafan kepada semua pelajar..pada hari pertama sesi perkenalan antara kakak dan abang alumni smasid..selepas itu kami diberi kumpulan dan berkenalan dengan lebih rapat lagi..
jutaan terima kasih dan tahniah buat alumni smasid..
pada keesokan hari pertandingan menjana idea..setiap kumpulan diberi satu benda contoh pasu bunga..
pasu bunga ni apa kegunaan kita untuk buat periuk nasi,bekas sabun,kapal dan lain lagi.hal nini dapat mengeratkn hubungan silaturahim antara sahabat.
pada waktu petang untuk mengeratkan lagi ukhuwah kami semua diberi setalam nasi untuk mkan bersma.

jutaan Tahniah diucapkan buat para committee dan fasilitator yg telah berjaya menjayakan kem ini buat adik2 di SMASID.

Terima Kasih diucapkan buat pihak sekolah yg telah membantu dan memberikan kepercayaan kpd kami drp Alumnai Smasid menjalankan kem tahunan anjuran kami ini.

Syabas diucapkan kepada semua peserta kem di kalangan pelajar tingkatan 4 SMASID bakal mewarisi kepimpinan SMASID tahun 2015. Bawalah SMASID dengan jayanya.

Syabas buat barisan urusetia sekali lagi. kami di barisan soff exco Alumni SMASID amat terharu dengan setiap pengorbanan kamu semua. Allah sahaja yg mampu membalasnya. jadikan ia hujah didepan Tuhanmu kelak.

Sama2 kita doakan diri kita dan adik2 kita ini menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.